Rai 1,200 ejen Allianz Malaysia

in Bisnes by


SERAMAI 1,200 ejen Allianz Malaysia telah diraikan baru-baru ini pada Malam Anugerah Agensi 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), Hotel First World di Genting Highland.


Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross berkata, Allianz Life telah menutup tirai 2017 dengan pencapaian Premium Perniagaan Baharu (ANP) yang mengagumkan sebanyak RM452.5 juta.


“Saya sangat berbangga dengan semua ejen kami atas apa yang mereka capai pada tahun lalu.


“Ia merupakan sebuah pencapaian sangat bermakna dengan catatan sebanyak RM452.5 juta dalam ANP.


“Kejayaan ini telah membawa Allianz Malaysia ke peringkat Asia untuk kami lebih dikenali dalam industri di rantau ini kerana telah menyumbang tahap keuntungan yang kukuh terhadap pendapatan keseluruhan Kumpulan Allianz,” katanya.


Tambahnya, Allianz mampu berdiri teguh pada hari ini kerana pelanggan-pelanggan meletak kepercayaan mereka, ejen-ejen dan rakan niaga untuk melakukan yang terbaik dalam menyediakan produk-produk terbaik dengan nilai dan perkhidmatan terbaik di Malaysia.


Katanya, pada 2017 NPC Agency telah merangkul gelaran agensi terbaik untuk tahun kesembilan dengan RM33 juta dalam AFYP sementara Datuk Sueann Tan dari ACP Agency telah mencapai Top of the Table untuk kali kesembilan dan layak sebagai ahli MDRT Life untuk tahun yang ke-17. “Tahun 2017 juga mencatat rekod tertinggi terbaharu untuk kelayakan Court of the Table untuk Allianz Life dengan jumlah keseluruhan seramai lapan orang. Tracy Tan dari LYS Agency merupakan Allianz Centurion Producer dengan kejayaan merakamkan sebanyak 260 kes untuk tahun 2017. “Selain itu, antara yang diraikan termasuklah 97 ejen yang layak untuk Million Dollar Round Table (MDRT) dan 55 Allianz Centurion Producers (ACP) yang membawa lebih dari 100 kes untuk tahun 2017,” katanya.


Sementara itu,m Ketua Pegawai Jualan Allianz Life, Ong Pin Hean berkata, syarikat akan sentiasa mendorong semua ejen untuk mencapai yang terbaik.


“Kami akan sediakan peluang untuk menambahbaik kemahiran-kemahiran diperlukan dan latihan berkaitan untuk membantu mereka berjaya dan kami akan berterusan melabur untuk inisiatif-inisiatif sebegini,” katanya.


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]