Shafie mahu rakyat tumpu pembangunan Sabah

in Edisi Sabah Sarawak by


SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengajak rakyat negeri ini mengetepikan soal politik dengan menumpukan kepada pembangunan Sabah.


Menurutnya, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mengetuai kerajaan negeri Sabah sudah mengutarakan pandangan dan cadangan dalam manifesto aspek yang ditumpukan untuk membangunkan negeri ini dan kebajikan rakyat.


“Kita akan memastikan negeri ditadbir baik untuk semua aspek termasuk pembangunan ekonomi dinikmati rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Sandakan di sini, hari ini.


Pada majlis itu, beliau bersama isteri Datin Seri Shuryani Shuaib turut menyampaikan bantuan Zakat Sabah kepada 50 penerima.


Hadir sama, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong, Menteri Belia dan Sukan Sabah Frankie Poon Ming Fung dan Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Arrifin Asgali selaku pengerusi penganjur.


Shafie yang juga Presiden Warisan berkata, di peringkat kabinet negeri yang diwujudkan telah distrukturkan dengan mewujudkan kementerian baharu.


Katanya, ini bagi memastikan peranan kementerian tersebut memberi manfaat dalam memenuhi keperluan rakyat. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]