Terima sumbangan sempena Aidilfitri

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Menjelang Aidilfitri ini, seramai 90 golongan asnaf di Dun Bukit Pinang menerima sumbangan di Hutan Kampung, tadi.


Penyelaras program, Shaharudin Shuib berkata, acara tahunan di Dun itu adalah bagi membantu golongan itu menyambut Aidilfitri.


“Sumbangan dianjurkan Pejabat Ahli Parlimen Pokok Sena yang sentiasa peka dengan masalah rakyat terutamanya yang akan menyambut hari raya nanti. Sumbangan barangan keperluan asas itu walaupun tidak seberapa tetapi diharap dapat membantu mereka.


“Sumbangan itu diharap dapat menceriakan golongan itu apatah lagi yang mempunyai bilangan anak ramai,” katanya.


Sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang turut dihadiri Ketua Amanah Pokok Sena, Omar Awang.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]