Anwar nafi bertanding dalam tempoh dua tahun

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya seterusnya mengambil alih kepimpinan negara dalam tempoh dua tahun akan datang.


Katanya, segala berita yang tersebar hanya spekulasi hasratnya kembali semula ke Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat.


“Tidak. Kehadiran saya ke Parlimen adalah untuk berkhidmat. Kita tidak boleh halang spekulasi dan tidak perlu bertarung dengan sesiapa dalam berita.


“Jangan risau, untuk tempoh dua tahun ini, tiada apa-apa yang akan berlaku,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Sinar harian, baru-baru ini.


Sebelum ini, terdapat laporan media mengatakan Anwar mahu segera mengambil alih kepimpinan kerajaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]