Beg,barang kemas dipercayai milik Najib,Rosmah belum selesai

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pengiraan barang kemas dan jam tangan mewah dalam baki 37 bagasi yang dirampas di Pavilion Residences Apartment masih belum selesai dikira sungguh pun hampir memasuki minggu kedua.


Proses penilaian barang rampasan dari tiga unit kondominium mewah di Bukit Bintang itu masih dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Menurut sumber, satu sidang media akan diadakan minggu depan bagi mengumumkan perkara tersebut.


“Buat masa ini nilainya masih belum diperoleh, proses pengiraan masih berlangsung,” kata sumber itu ketika dihubungi.


Difahamkan, proses pengiraan itu memakan masa lama kerana ia memerlukan bantuan pakar barang kemas dan jam tangan mewah bagi mengetahui nilai sebenar barang tersebut.


Pada 25 Mei lalu, polis mendedahkan nilai rampasan 35 daripada 72 beg, yang berisi wang tunai termasuk 25 mata wang asing, mencecah RM114 juta.


Polis juga merampas 284 kotak beg berjenama mewah dalam serbuan tersebut.


Rampasan itu, dibuat pada 18 dan 20 Mei, berkaitan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.


ARTIKEL BERKAITAN: 72 beg berisi duit, barang kemas, 284 kotak beg dirampas


ARTIKEL BERKAITAN: Hari ke-7, polis masih kira barang kemas dari rumah Najib


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]