Dakwaan Pas tak boleh diterima

in Edisi by


KUANTAN – Dakwaan Pas berhubung kononnya kerajaan cuba menjayakan agenda Malaysian Malaysia yang dipelopori DAP sama sekali tidak dapat diterima.


Ketua Penerangan Harapan negeri, Zulkifli Mohamed berkata, dakwaan terbabit jelas tidak bertanggungjawab dan memperlihatkan krisis pemikiran dan penyakit jiwa yang semakin kronik sebahagian pemimpin Pas.


Menurutnya, parti Islam itu seakan-akan masih tidak dapat menerima realiti bahawa politik sempit berteraskan perkauman dan agama sudah ditolak majoriti rakyat di negara ini.


“Walaupun PRU14 sudah hampir sebulan berlalu, masih ada suara sumbang yang cuba mewujudkan kembali ketegangan politik dengan memutarkan semula isu perkauman.  


“Amat malang sekiranya Pas lupa Harapan sudah menyatakan konsesus berdokumentasi di atas nama Perjanjian Kerjasama Harapan dan Bersatu.


“Ia ditandatangani pada 13 Disember 2016 dengan tegas menyatakan Harapan akan tetap mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marsuki yang mendakwa kerajaan baharu cuba menjayakan agenda Malaysian Malaysia yang dipelopori DAP.


Beliau menegaskan, semua parti yang bernaung di bawah bendera Harapan terikat dan tertakluk dengan kesepakatan ini.


Justeru, jelasnya, adalah nyata tuduhan terbabit, jika terdapat pihak yang cuba membuat tomahan bahawa Harapan cuba menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi negara.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]