Fathia Latiff terkandas di Jerman

in Hiburan by
Fathia Latiff

Fathia Latiff terkandas di Jerman


PELAKON cantik, Nur Fathia Abdul Latiff memberitahu, dia bersama keluarganya terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland.


Jelas selebriti berusia 31 tahun ini menerusi akaun Twitter peribadinya, dia sekeluarga sepatutnya mendarat di Switzerland, namun kerana cuaca yang kurang elok, pihak penerbangan mengambil keputusan mendarat di Jerman.


Bagaimanapun lebih malang lagi, dalam keadaan yang tidak dijangka itu, beg yang mengandungi barang peribadi mereka termasuk ubat bapanya tidak dapat dikesan.


“Mereka akan mendapatkan kami bus dan kami akan ke Switzerland dengan menaiki bus. Bagaimanapun, luggage kami tidak dapat dijumpai.


“Ini kali kedua saya tidak mendapat luggage ketika ketibaan dan berharap pihak penerbangan dapat berbuat sesuatu,” tulisnya kira-kira jam 1.20 pagi tadi.


Mengikut semakan, perjalanan menaiki bus dari Jerman ke Switzerland memakan masa hampir tujuh jam.


Menerusi perkongsian di Insta Stories Instagramnya kira-kira jam 7 pagi tadi, pelakon yang terkenal dengan drama Ariana Rose itu sudah selamat tiba di bandar St. Gallen, Switzerland.


Fathia bersama keluarganya berlepas ke London empat hari lalu dan selebriti itu sempat mengucapkan Selamat Hari Raya buat para peminatnya di sini.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]