Komando AS terbunuh di Somalia

in Global by


MOGADISHU – SOMALIA. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan seorang komandonya maut di Somalia.


Kata tentera AS, mangsa disahkan sebagai Staf Sarjan Alexander Conrad, 26, berasal dari Chandler, Arizona.


Conrad terbunuh semasa bertempur dengan militan al-Shabaab pada Jumaat lalu.


Dalam pertempuran itu, empat komando AS yang lain turut cedera.


Difahamkan, kira-kira 500 tentera AS kini ditempatkan di Somalia. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]