Mas Emieyati pertimbang jawatan Naib Presiden Umno

in Politik by


KUALA LUMPUR – Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan mempertimbangkan semula untuk bertanding dalam pemilihan parti pada 30 Jun ini.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, keputusannya untuk bertanding jawatan itu hanya akan diputuskan pada 17 Jun ini.


“Semenjak saya mengumumkan untuk tidak bertanding, banyak rayuan dan desakan diterima terutama dalam kalangan Exco Puteri Umno, apa pun saya berharap ahli Umno semua peringkat dapat berkempen untuk calon pilihan mereka dengan berhemah.


“Senarai mereka bertanding pula wajar didedahkan secara terbuka memandangkan sekarang ini permohonan menjadi calon pemilihan Umno dibuat melalui atas talian dan tidak dapat diakses oleh semua ahli Umno,” katanya selepas Mesyuarat Exco Puteri Umno di Menara Onn, petang tadi.


Mas Ermieyati berkata, proses peralihan kuasa yang lancar ini pula akan menjadi rujukan sejarah kepada generasi akan datang.


“Cakap-cakap sebelum PRU14 yang menakutkan rakyat bahawa Umno enggan menyerahkan kuasa meskipun tewas terbukti hanya fitnah yang berniat jahat dan menipu rakyat,” katanya.


Dalam pada itu, pihaknya juga memohon kelonggaran dan pengecualian khas untuk semua jawatan kerana dalam Perlembagaan Umno mempunyai tiga tahun untuk mereka bertanding di peringkat bahagian atau exco.


“Hari ini kami bersepakat dan berharap Umno memberi kelonggaran semua peringkat, jika ahli boleh bertanding kecuali jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia.


“Dalam pada itu tiga wakil daripada Puteri Umno Malaysia bakal bertanding dalam Majlis Tertinggi antaranya Setiausaha Puteri, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin; Penolong Bendahari, Hazreena Begum, Exco Puteri, Dira Abu Zahar dan seorang lagi Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Tinggi, Azilah Atan,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]