Orang Korea kongsi pengalaman berpuasa

in Edisi by


KEMAMAN – Bagi merasai sendiri pengalaman umat Islam berpuasa, Pengarah Urusan CJ Bio Malaysia Sdn Bhd, Kim Han Su yang berasal dari Korea cuba berpuasa.


Bagaimanapun, beliau hanya mampu menahan lapar hanya separuh hari dan kagum dengan orang Islam yang menjalani ibadah itu selama sebulan.


Han Su berkongsi pengalamannya berpuasa bersama seramai 160 tetamu yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama CJ Bio Malaysia Sdn Bhd yang diadakan di Resorts World Kijal, baru-baru ini.


Majlis itu lebih berseri dengan kehadiran Penasihat CJ Bio Malaysia yang juga Tengku Sri Temenggung Raja Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.


Han Su berkata, dia terpaksa menjamah minuman dan makanan pada jam 2 petang selepas tidak mampu menahan dahaga dan lapar.


“Saya gembira dengan kehadiran semua kerana majlis ini sememangnya diadakan setiap kali Ramadan untuk meraikan semua pihak dan komuniti setempat di kawasan kilang kita beroperasi iaitu di Kerteh,” katanya.


Majlis itu turut dihadiri Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah dan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Terengganu, Datuk Radzi Muhamad serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]