Pemimpin Korea Utara, Jong-un tiba di Singapura

in Global by


SINGAPURA – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un tiba di Lapangan Terbang Changi di sini tengah hari tadi bagi menghadiri sidang kemuncak Amerika Syarikat dan Korea Utara bersama Presiden Donald Trump, lapor Singapore Straits Times.


Pertemuan yang dijangka menamatkan isu nuklear antara dua negara musuh tradisi dan mengubah ekonomi Korea Utara.


Jong-un tiba dengan menaiki pesawat Air China 747 tiba kira-kira jam 2.35 petang tadi.


Hampir 30 kenderaan termasuk polis tempatan mengiringi rombongan membawa Jong-un meninggalkan lapangan terbang yang kemudiannya melalui lebuh raya Pan-Island.


Difahamkan, rombongan berkenaan menuju ke Hotel St. Regis di Orchard yang merupakan penginapan Jong-un sepanjang di Singapura.




 


Source: SH Global

[featured-video-plus]