Perlu dana beli tiga ambulans

in Edisi Utara by


KULIM – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Kulim memerlukan dana kira-kira RM300,000 untuk membeli tiga ambulans.


Pegawai Belianya, Mohd Nizam Aziz berkata, setiap satu ambulans dianggarkan berharga RM120,000 dan kenderaan ini diperlukan untuk menggantikan yang lama.


Menurutnya, ambulans lama yang dimiliki BSMM di sini melebihi usia 40 tahun dan tidak boleh berfungsi lagi untuk melakukan sebarang perkhidmatan.


“Kita perlu ambulans baru dengan segera, jadi kita perlukan dana daripada orang ramai, NGO dan pihak yang sudi menyumbang.


“Dulu ambulans ini digunakan untuk bantu mangsa perang tapi sudah tak ada perang, kita gunakan untuk melakukan servis ambulans untuk kecemasan, berkaitan kes pemindahan pesakit dan khidmat bencana.


“Kita harap orang ramai dapat bantu persatuan kita ini untuk memberi yang terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada.


Katanya, dengan adanya ambulans ini juga BSMM dapat membantu menyelamatkan lebih ramai nyawa terutama pada musim perayaan.


“Sebelum ini pun Naib Pengerusi BSMM pusat juga menyatakan BSMM akan beri bantuan sempena hari raya dengan menyediakan ambulans, jadi di Kulim juga perlu ada,” katanya.


Tambahnya, BSMM juga mempunyai pakar perubatan yang boleh memberi rawatan awal kepada pesakit.


“Jadi usaha untuk hebatkan BSMM dengan memiliki ambulans memang sangat relevan,” katanya.


Selain itu, beliau berkata, setakat ini ahli BSMM di daerah ini sudah mencecah lebih 50 orang yang aktif memberi khidmat kepada masyarakat memerlukan.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]