Sudah jangka dapat anugerah

in Edisi by


KUANTAN – Peniaga rojak buah dibazar Ramadan Mahkota Square disini, sudah menjangka memenangi Anugerah Peniaga Cemerlang buat kali kedua.


Zarina Mohd  Datar, 55, berkata, dia sentiasa menjaga kebersihan gerainya sepanjang perniagaan selain mematuhi syarat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).


“Saya pastikan gerai perniagaan berada dalam keadaan bersih dan kemas serta penyediaan makanan juga mematuhi peraturan MPK,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Peniaga dan Penganjur Bazar Ramadan Cemerlang 2018, di tapak bazar Ramadan Mahkota Square, semalam.


Majlis penyampaian anugerah itu telah disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Abdul Rahim Muda.


Sebanyak 34 lokasi bazar Ramadan beroperasi di negeri ini membabitkan 1,200 peniaga, dan seramai 12 peniaga telah menerima anugerah terbabit.


Turut hadir, Yang Dipertua MPK, Yang Dipertuanya, Datuk Fadzilla Salleh dan Setiausaha MPK, Hamiza Hamzah.


Dalam pada itu, Abdul Rahim meminta peniaga di bazar Ramadan seliaan MPK  menitikberatkan kebersihan semasa menjalankan perniagaan mereka.


Katanya, aspek terbabit diutamakan bagi mengelak berlaku kes-kes tidak diingini terhadap pelanggan.


“Ini perlu dipraktikan peniaga kerana bazar Ramadan bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan malah pelancong asing,” katanya


Katanya, Anugerah Peniaga Cemerloang bertujuan menghargai peniaga serta menggalakkan mereka engutamakan kebersihan.


Jelasnya, pengiktirafan berkenaan membuktikan peniaga bukan sahaja memikirkan soal keuntungan tetapi menjaha etika sepanjang berniaga.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]