Terpulang kepada MB Perak: Amanah

in Uncategorized by


CHEMOR – Amanah Perak menyerahkan kepada Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu memberi penjelasan berhubung pelantikan Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai Penasihat Menteri Besar.


Pengerusinya, Asmuni Awi berkata, pelantikan tersebut mempunyai alasan tersendiri dan ia terpulang kepada Ahmad Faizal untuk membuat keputusan.


“Pada saya, tentulah beliau (Ahmad Faizal) akan mencari orang yang serasi dengan beliau untuk bekerja.


“Jadi, saya serahkan kepada MB untuk buat keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Rumah Amanah Tambun, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa bantahan terhadap pelantikan Zainol Fadzi itu.


Dalam perkembangan lain, Asmuni menjelaskan, kekangan peruntukan untuk Exco Kerajaan Negeri bukan penghalang untuknya menjalankan program.


Katanya, berdasarkan maklumat daripada pegawai kewangan negeri, daripada RM600,000 yang diperuntukkan untuk Exco Kerajaan Negeri, hanya separuh yang masih tinggal untuk digunakan.


Beliau berkata, program berbentuk sumbangan yang dijalankan parti setiap tahun diteruskan seperti biasa menggunakan peruntukan sedia ada.


“Sebenarnya tak mengganggu kita nak buat program walaupun peruntukan tak cukup. Tak silap saya Exco ada (peruntukan) RM600,000 dan saya difahamkan oleh pegawai kewangan negeri ada baki RM300,000.


“Walaupun tak mencukupi, kita akan berjimat dan mencari sumber lain untuk meneruskan program akan datang,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]