Gabenor BNM akan dilantik tak lama lagi: Tun M

in Nasional by


TOKYO – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang yang akan menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikenal pasti.


Bercakap pada dialog dengan wartawan di Japan National Press Club di sini Isnin, perdana menteri berkata pelantikan itu akan dibuat tidak lama lagi.


“Walaupun, kami telah mengenal pasti orang (berkenaan)  kami tidak boleh menamakan orang itu sehingga kami mendapat perkenan Baginda (Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V).


“Sehingga itu, kami tidak dapat mengumumkan nama,” kata Dr Mahathir menjawab pertanyaan mengenai perkara itu.


Dilaporkan bahawa kerajaan telah menerima peletakan jawatan Muhammad sebagai Gabenor BNM berkuat kuasa 6 Jun.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]