Ganjaran RM100,000 bawa Jho Low pulang masih terbuka

in Nasional by


SHAH ALAM – Ganjaran RM100,000 masih menanti buat mana-mana individu yang berjaya membawa pulang ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low, ke negara ini.


Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata, sehingga kini belum ada pihak tampil menghubunginya memaklumkan sebarang berita mahu pun ‘clue’ di mana Jho Low berada .


Semalam, Lip Eng menerusi catatan di Facebooknya berkata, beliau telah dihubungi seorang ahli perniagaan yang menawarkan RM100,000 kepada mana-mana individu yang berjaya membawa pulang Jho Low ke negara.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan siapa ahli perniagaan tersebut.


Pada 7 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis agar Jho Low tampil membantu siasatan.


Jho Low diminta menghubungi SPRM berkaitan kes membabitkan SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat 1MDB.


[ARTIKEL BERKAITAN: RM100,000 menanti jika dapat bawa pulang Jho Low]

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]