Harga makanan di Hulu Terengganu mahal?

in Edisi Terengganu by


KUALA BERANG – Makanan mahal mengalahkan Kuala Terengganu dan Kemaman. Itu antara keluhan serta perbandingan sering dibuat orang ramai berhubung soal harga makanan di daerah ini.


Ketika diminta mengulas mengenai senario itu, Pegawai Daerah Hulu Terengganu Zainal Abidin Mohamed berkata secara peribadinya beliau berpendapat ia adalah tidak wajar.


“Selain daripada daerah pelancongan, Hulu Terengganu juga adalah sebuah daerah pertanian dengan pelbagai produk hasil tanaman seperti sayur-sayuran serta buah-buahan.


“Sepatutnya harga biarlah berbaloi kerana Hulu Terengganu adalah daerah pertanian. Saya tidak tolak kemungkinan, petani menjual hasil tanaman seperti sayur-sayuran mereka kepada pengedar atau orang tengah hingga harga tinggi perlu dibayar pengguna.


“Keadaan ini secara tidak langsung akan sebabkan harga makanan mahal kerana pengusaha restoran atau kedai makan beli bahan mentah pada harga tinggi.


“Jadi semua pihak perlu mainkan peranan berhubung soal harga ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Program Jimat Belanja Aidilfitri@ Pasar Tani Peringkat Negeri Terengganu, di Pasar Tani Kuala Berang, di sini, semalam.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]