Int3Tree hargai jasa, pengorbanan pengedar

in Bisnes by


SERAMAI 600 pengedar Int3Tree, sebuah produk makanan khas untuk pelajar dan kanak-kanak diraikan dalam satu majlis iftar & Anugerah Jutawan Int3Tree di Dewan Orkid PKPS, Shah Alam, kelmarin.


Pengasasnya, Sudirman Abdul Rahman berkata, daripada 600 orang pengedar tersebut, 200 daripadanya menerima penghargaan kerana mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.


“Majlis ini juga sempena ulang tahun pertama Int3Tree di bawah syarikat RezkiFajar Sdn Bhd selain untuk meraikan pengedar kita yang sudah mencecah nilai jualan lima, enam dan tujuh angka.


“Lebih bermakna apabila ini adalah majlis yang pertama sejak Int3Tree ditubuhkan setahun lalu dan kami mengumpulkan bukan sahaja pengedar dari negara ini sahaja tetapi pengedar dari Singapura dan Brunei,” katanya.


Dalam majlis tersebut, pengedar, Junai Zakaria mengungguli Anugerah Jutawan Int3Tree dengan nilai jualan lebih dua juta ringgit selain turut membawa pulang sebuah kereta Mercedes-Benz.


Sudirman berkata, selain Junai, syarikatnya turut menghadiahkan sebuah Toyota Vellfire kepada seorang lagi pengedar yang mencapai angka jualan, menaja 20 pengedar ke umrah, 30 orang ke percutian di Pulau Mabul, Sabah dan juga semua kakitangan syarikat mendapat tajaan pakej umrah bersama keluarga pada penghujung tahun ini.


“Sepanjang setahun di pasaran, syarikat telah mempunyai lebih 8,000 pengedar berpendapatan RM5,000 ke RM400,000 sebulan dan ia menunjukkan potensi yang bagus.


“Misi kami untuk menggenapkan 20,000 pengedar menjelang tahun 2020 kerana jumlah potensi pengguna untuk produk ini di Malaysia adalah sebanyak 13 juta. Syarikat juga sedang dalam perancangan untuk memasuki pasaran Indonesia, Thailand dan China,” katanya.


Malah, katanya, syarikat turut menyasarkan jualan sebanyak RM50 juta tahun ini selain dalam perancangan mengeluarkan dua produk baharu berperisa vanila dan juga minuman kepada pelajar dan kanak-kanak.


Int3Tree adalah produk coklat pertama di Malaysia khas untuk pelajar dan kanan-kanak  tidak mengandungi gula tambahan serta menggunakan teknologi bawah lidah berbentuk serbuk.


“Produk ini bertujuan membantu mengembalikan tenaga dan memberi aura positif seterusnya meningkatkan daya fokus semasa pembelajaran,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]