Rumah dikaitkan dengan Najib diserbu polis

in Nasional by


PUTRAJAYA – Polis membuat serbuan ke atas sebuah kediaman di sini, yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Difahamkan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tiba di banglo dua tingkat di Putrajaya itu pada tengah hari.


Ketika ini, beberapa anggota polis masih berada di premis itu untuk membuat pemeriksaan.


Kediaman dua tingkat itu dipercayai tidak mempunyai penghuni.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]