SKTLDM Parit bawa keceriaan Aidilfitri kepada dua rumah anak

in Uncategorized by


PARIT – Setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal pasti ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan termasuk anak yatim.


Stesen Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (SKTLDM) Parit juga tidak ketinggalan menceriakan 55  anak-anak yatim melibatkan dua rumah anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin dan Rumah Anak Yatim Al-Munirah, Parit baru-baru ini.


Pegawai Memerintah SKTLDM Parit, Leftenan Komander Chin a/l In berkata, melalui pemberian sumbangan duit raya  itu secara tidak langsung memberi kesedaran kepada warga SKTLDM Parit  mengenai tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yatim berkenaan.


“Ini memberi kesedaran kepada kami bahawa anak-anak ini memerlukan perhatian dan sumbangan pelbagai pihak bagi meringankan beban mereka.


“Melalui program ini juga kita harapkan dapat memberi keceriaan kepada anak-anak ini untuk menyambut perayaan,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi Rumah Anak-Anak Yatim Bait Al-Amin, Rozelan Zamzuri berterima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan menghulurkan sumbangan kepada penghuni rumah itu.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]