Tarikh akhir potongan PCB, CP500 15 Jun

in Nasional by


SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan pembayar cukai bahawa tarikh akhir untuk membuat bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi saraan Bulan Mei 2018 dan bayaran ansuran anggaran cukai (CP500) bagi Borang B Tahun Taksiran 2017 adalah pada 15 Jun 2018 (Jumaat) bersamaan 1 Syawal 1439H.


LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan memandangkan tarikh akhir tersebut jatuh pada hari kelepasan am iaitu Hari Raya Aidilfitri, pihaknya menggalakkan agar pembayaran cukai dilakukan lebih awal.


Menurutnya, pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan internet atau melalui ejen-ejen kutipan LHDN bagi mengelakkan sebarang kesulitan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]