Tiket ETS hampir habis dijual menjelang Aidilfitri

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Sebanyak 175,340 tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk semua sektor sudah dijual menjelang perayaan Aidilfitri dan cuti sekolah pada 7 hingga 24 Jun ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rani Hisham Samsudin berkata, ia merupakan 83 peratus daripada  200,000 tiket yang disediakan untuk semua sektor bagi tempoh itu.


“Bagi perkhidmatan ETS tambahan perjalanan 12 hingga 14 Jun dan 17 hingga 24 Jun ini, sebanyak 19,800 tiket disediakan. Daripada jumlah itu, sebanyak 12,767 tiket atau 65 peratus sudah dijual dan tinggal 7,033 tiket lagi,” katanya.


Bagi perkhidmatan KTM Intercity pula, sebanyak 17,303 atau 59 peratus daripada 29,480 tiket yang disediakan sudah dijual.


Katanya selepas majlis mengedarkan 1,000 pek Aidilfitri kepada para penumpang kereta api di Stesen Sentral Kuala Lumpur oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.


Selepas itu, Loke dan pihak pengurusan KTMB berbuka puasa bersama-sama 40 anak yatim Pusat Jagaan Suci Rohani dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada mereka. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]