Trump dan Jong-un bertemu hari ini

in Global by


SINGAPURA – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un akan mengadakan pertemuan bersejarah hari ini.


Jong-un tiba lebih awal di Singapura dengan menaiki pesawat Air China 747 pada Ahad danĀ  kedatangannya disambut Menteri Luar, Vivian Balakrishnan.


Sementara Trump tiba di republik itu pada sebelah malam hari yang sama.


Trump tiba di Singapura menggunakan pesawat Presiden AS.


Turut mengiringi beliau dalam lawatan bersejarah itu ialah Setiausaha Negara Mike Pompeo, Penasihat Keselamatan John Bolton, Ketua Staf Rumah Putih John Kelly, dan jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders.


Pertemuan empat mataTrump dan Jong-un bakal berlangsung di Capella Hotel, Pulau Sentosa.


Pihak berkuasa mengenakan kawalan ketat di sekitar lokasi sidang kemuncak dan hotel mewah berkaitan, termasuk meletakkan pasu tumbuhan tambahan di luar tempat penginapan Jong-un untuk menghalang pandangan pemberita.


Agenda utama pertemuan dua pemimpin itu antara lain menyentuh soal senjata nuklear Pyongyang, yang sudah beberapa kali dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dikatakan mengancam tindakan ketenteraan oleh pentadbiran Trump.


Pada masa pertemuan itu akan menamatkan Perang Korea 65 tahun secara rasmi selepas gencatan senjata dalam sidang kemuncak julung kali antara pemimpin Korea Utara dan presiden dalam jawatan yang menjadi musuh tradisinya.


Pertemuan hari ini adalah kemuncak kepada diplomasi yang menakjubkan di sekitar Semenanjung Korea dan rantau itu tahun ini tetapi pengkritik mengaku ia juga adalah risiko yang paling berjaya diatasi.


Pada masa sama, Washington menuntut Pyongyang melakukan penghapusan sepenuhnya senjata nuklear sedangkan setakat ini Pyonyang hanya membuat pengumuman umum terhadap komitmennya untuk menghapuskan senjata nuklear di rantau itu.


Terma yang dianggap terbuka kepada maksud yang luas sambil mencari jaminan keselamatan. – CNA


Source: SH Global

[featured-video-plus]