Asri dilantik Setpol MB

in Edisi by


KOTA BHARU – Bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan berkuatkuasa hari ini.


Beliau sebelum ini berkhidmat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Muamalat sebelum menjawat jawatan pegawai khas mb bermula mei 2013.


Beliau yang pernah menerima Anugerah Tokoh Ulama Muda pada tahun 2013 oleh kerajaan negeri turut giat dalam bidang penulisan dan sehingga kini beliau telah menghasilkan lima karya yang menjadi rujukan masyarakat.


Mohd Asri berkata, pengalaman beliau sebagai Pegawai Khas Menteri Besarf selama setahun dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar lebih empat tahun dapat memudahkan urusannya untuk membantu Datuk Ahmad Yakob dan kerajaan negeri dalam hal ehwal politik semasa dan urustadbir negeri.


“Saya ucapkan terima kasih kepada menteri besar yang menaruh kepercayaan kepada  saya sebagai setiausaha politik beliau dan saya akan berusaha sedaya mungkin untuk menjayakan semua agenda kerajaan negeri khasnya pasca PRU14 menuntut kepada gerak kerja yang lebih tersusun dan terancang,” katanya kepada Sinar Harian.


Dalam Pas, beliau adalah merupakan Ketua Penerangan Ulama Pas Pusat, ahli badan perhubungan Pas Kelantan dan Pengarah Pilihanraya Ulama Pas Kelantan, sebelum ini beliau adalah Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri.


Angkat sumpah di hadapan  Ahmad di Kompleks Kota Darul Naim itu disaksikan saf kepimpinan kerajaan negeri.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]