Belalai air di perairan Mersing

in Edisi by


ROMPIN – Penumpang feri dari Pulau Tioman menuju ke Jeti Mersing panik seketika melihat  belalai air di perairan Mersing, Johor sekitar jam 5.28 petang kelmarin.


Kejadian itu sempat dirakam seorang penumpang feri berkenaan, Inspektor Hazmi Zakaria melalui facebook live yang berdurasi lebih seminit.


Beliau yang juga Ketua Balai Polis Pulau Tioman itu berkata, bagaimanapun ketika laut bergelora itu kesemua lebih 300 penumpang kembali tenang dan ada yang merakam gambar serta video.


“Saya dalam perjalanan untuk balik ke Kuala Rompin hari ini (semalam) ada mesyuarat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Rompin.


“Ini bukan kali pertama saya lihat belalai air seperti ini namun pengalaman hari ini (kelmarin) pertama kali melihatnya dengan lebih dekat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.


Beliau berkata, setelah setahun bertugas di pulau peranginan terkenal di Pahang itu, ia bukanlah pengalaman yang asing baginya.


Hazmi berkata, ada feri penumpang lain yang lalu lebih dekat dengan belalai air itu dan dapat merakam gambar atau video lebih jelas dan cantik.


“Kalau ikutkan feri yang saya naik itu jauh sedikit sebab ada lagi sebuah feri lalu lebih dekat, tak pasti apa perasaan penumpang feri pada ketika itu,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]