Chin Tong fail bantahan keputusan PRU14

in Nasional by


JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menghantar petisyen bantahan ke Mahkamah Tinggi Sivil, di sini, bagi mencabar keputusan PRU14 bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam.


Liew Chin Tong yang menyerahkan petisyen bantahan terbabit dengan ditemani peguamnnya, Datuk Yeo Yang Poh kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Difahamkan, petisyen terbabit menyenaraikan tiga nama sebagai responden iaitu melibatkan Timbalan Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Ayer Hitam, Mohd Hafiz Aliman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Chin Tong berkata, berdasarkan daripada bukti serta permasalahan yang diajukan pihaknya menerusi petisyen tersebut diharap dapat dipertimbangkan semula berhubung keputusan  parlimen yang diumumkan pada PRU14 lalu.


“Kami berharap kes ini dapat dipertimbangkan mahkamah untuk mendengar kes ini dan memberi pertimbangan supaya keputusan kawasan Parlimen Ayer Hitam ini boleh dikaji semula,” katanya ketika ditemui, di sini.


Sementara itu, peguamnya, Yan Poh memaklumkan petisyen terbabit nekad difailkan kerana pihaknya merasakan ada asas yang baik untuk berbuat demikian.


“Selepas meneliti kes berkenaan, saya dan Chin Tong berpandangan terdapat beberapa peraturan dan undang-undang yang dilanggar sepanjang proses PRU14 yang berjalan di kawasan berkenaan,” katanya.


Untuk rekod, pada PRU14 lepas, Chin Tong direkodkan memperoleh sebanyak 16,773 undi sekali gus tewas kepada Ka Siong yang berjaya meraih 17,076 undi.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]