Muhyiddin terima kunjungan hormat Duta Besar AS

in Nasional by


PUTRAJAYA – Soal keselamatan Malaysia dan Amerika Syarikat antara isu yang dibincangkan antara Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir dalam pertemuan mereka di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.


Turut dibincangkan dalam kunjungan hormat Lakhdhir terhadap Muhyiddin itu ialah usaha mengeratkan hubungan dua hala sedia ada.


Pertemuan kira-kira sejam itu berlangsung di pejabat Muhyiddin.


Ini merupakan pertemuan pertama Lakhdhir bersama Muhyiddin sejak beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]