PAPKB kumpulkan bekas-bekas pelajar

in Edisi by


KOTA BHARU – Persatuan Alumni Politeknik Kota Bharu (PAPKB) akan menganjurkan Majlis Alumni Raya 2018 bertempat di Dewan Jubli Perak politeknik berkenaan, Kok Lanas, 3 Syawal ini.


Pengerusinya, Zamzuri Arifin berkata, bagi menggamit nostalgia kenangan belajar, pada tahun ini ia kembali diadakan di PKB setelah beberapa tahun dilangsungkan di luar politeknik berkenaan.


“Sudah menjadi tradisi setiap tahun majlis sebegini diadakan pada hari ketiga sambutan Aidilfitri bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan bekas-bekas pelajar politeknik.


“Saya bagi pihak PAPKB menjemput semua ahli termasuk bekas pelajar, pensyarah dan staf PKB bersama keluarga hadir beramai-ramai ke majlis ini,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Menurutnya, program yang berlangsung jam 10 pagi hingga 1 petang itu juga turut membuka pendaftaran kepada mana-mana bekas pelajar untuk menjadi ahli alumni PAPKB.


“Majlis ini akan dirasmikan Pengarah PKB, Mejar (Kehormat) Noor Azahan Othman selain dihadiri pengurusan tertinggi politeknik,” katanya.


Alumni dan bekas pelajar PKB boleh melayari Facebook Persatuan Alumni PKB atau mendaftar pengesahan kehadiran melalui http://bit.ly/Alumniraya2018 serta menghubungi Setiausaha Agung PAPKB, Syed Mohmad Afandi Syed Omar di talian 019 – 918 2869 dan Noreha Mohmad (014 – 512 5196).

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]