Ramai pilih kopiah ketika Ramadan dan Aidilfitri

in Edisi by


KUANTAN – Permintaan kopiah sempena Ramadan dan Aidilfitri meningkat 80 peratus berbanding pada hari biasa.


Selain rekaan terkini, penggunaan pelbgai warna serta disulam benang berkualiti, kopiah bukan sahaja menjadi pilihan pembagai golongan ketika lebaran.


Peniaga kopiah, Zul Husni Che Azmi, 23 berkata, setiap kali Ramadan, dia mampu menjual antara 150 hingga 200 kopiah tempatan dan import dengan harga antara RM5 hingga RM30 yang membabitkan empat jenis kopiah.


“Terus terang saya cakap.. sambutan diterima amat luar biasa..pelanggan suka kopiah yang saya jual.


“Malah, kini terdapat terdapat kopiah rendah dan tinggi yang dijual RM15 hingga RM18 memenuhi kehendak pelanggan,”katanya yang memiliki premis di Taman Perumahan Sungai Isap di sini.


Dalam pada itu, Zul Husni berkata, keluarganya sudah menjual kopiah lebih enam tahun lalu dan kebanyakan bekalan diterima daripada pembekal dari beberapa negeri termasuk Kelantan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]