Shuhaimi dirawat akibat jangkitan paru-paru

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Adun Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei  sedang menjalani rawatan  akibat jangkitan paru-paru sejak beberapa minggu lalu dan difahamkan setakat ini keadaan beliau stabil dan sedang berehat setelah menerima rawatan.


Menurut sumber dalaman PKR, Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor terpaksa menghentikan aktiviti politik buat sementara waktu sejak selesai PRU14 lalu.


“Selepas PRU14, memang dia kurang sihat dan demam,setelah melakukan pemeriksaan kesihatan baru-baru ini mendapati beliau kena jangkitan paru-paru.


“Jadi dia terpaksa membuat rawatan susulan di hospital. Namun, sekarang ini dia berehat di rumah dan dalam keadaan stabil, cuma memerlukan sedikit lagi masa.


“Perkembangan tahap kesihatannya buat masa ini positif, saya rasa selepas hari raya nanti dia akan kembali bertugas semula seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian.


Terdahulu, Shuhaimi yang menang kerusi Sungai Kandis pada PRU14 lalu dikatakan menghadapi masalah kesihatan yang memerlukan rawatan dan rehat buat sementara waktu.


Shuhaimi dikatakan menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sejak beberapa minggu lalu.


Dalam tempoh itu juga, nama Shuhaimi disebut-sebut antara calon utama menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan memegang portfolio di peringkat persekutuan.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]