Anak kakitangan Karangkraf meninggal dunia

in Nasional by


SHAH ALAM – Anak kepada seorang kakitangan Kumpulan Media Karangkraf meninggal dunia selepas mengalami muntah-muntah, semalam.


Meor Khalif Imran Meor Khairi, 7, anak kepada pasangan Pengurus Pemasaran Sinar Harian, Rozalina Mohamed dan bekas Editor Majalah Libur, Meor Khairi Idris menghembus nafas terakhir kira-kira jam 11.30 malam tadi ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik.


Menurut Meor khairi, anaknya tidak menunjukkan yang dia sakit sangat sebab arwah seorang yang ceria.


“Yang saya ingat dia minta air, dia muntah dan saya bagi dia air.


“Akibat masalah muntah dan cirit dia langsung tiada tenaga jadi sampai ke klinik tiba-tiba denyutan jantung dah tak ada,” katanya.


Menurutnya, anaknya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan disahkan meninggal dunia akibat badan sangat kekurangan air kerana kerap muntah dan cirit birit.


Sementara itu, Rozalina kelihatan sugul kerana tidak menahan sebak di atas pemergian anaknya.


Dalam pada itu, beberapa kenalan turut hadir memberi penghormatan terakhir ketika jenazah dibawa untuk disembahyangkan di Surau Karangkraf selepas solat Zohor tadi sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]