Jong-un pelawa Trump lawat Pyongyang

in Global by


PYONGYANG  – KOREA UTARA. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mempelawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengunjungi Pyongyang.


Pada masa sama, media tempatan melaporkan Jong-un turut menyatakan kesediaannya untuk melawat AS.


Jemputan itu dibuat pada pertemuan bersejarah mereka di Singapura, semalam.


“Kim Jong-un menjemput Trump untuk datang ke Pyongyang pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai, manakala Trump pula mempelawa Jong-un untuk melawat AS.


“Kedua-dua pemimpin dengan gembiranya menerima jemputan itu, malah yakin ia bakal menjadi satu lagi peristiwa penting bagi memperbaiki lagi hubungan antara Korea Utara dan AS,” kata agensi berita KCNA.  – CNA


Source: SH Global

[featured-video-plus]