Penganggur tidak mengaku cabul

in Edisi by


KOTA BHARU – Seorang penganggur tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, tadi mencabul remaja perempuan berusia 13 tahun, tahun lalu.


Tertuduh berusia 18 tahun didakwa di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.


Tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 13 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Binjai pada jam 7 pagi hingga 8.30 pagi, 5 Ogos 2017.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792 Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak menawakan jaminan dengan mengambil kira kesalahan serius membabitkan kanak-kanak.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan rayuan.


Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.


Kes ditetapkan 3 Julai depan untuk sebutan semula.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]