Polis cari saksi kes langgar lari

in Edisi Terengganu by


HULU TERENGGANU РPolis meminta mana-mana individu yang punyai maklumat berhubung kemalangan langgar lari seorang lelaki kurang siuman di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang-Ajil,  11 Jun lalu tampil beri maklumat.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di hadapan pejabat Jabatan Kerja Raya yang baharu itu, mangsa, Aziz Daud, 60, beralamat di Kampung Bukit Perah, Ajil, dipercayai dilanggar sewaktu sedang berjalan kaki.


Mangsa yang dikenali sebagai Pok Aziz Sekayu meninggal dunia lebih kurang jam 10.30 pagi, 12 Jun ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata,


kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berjalan dari Kuala Berang Ke Ajil telah dilanggar sebuah kenderaan tidak pasti jenis serta nombor pendaftarannya.


¬†“Mangsa kemudiannya ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri Dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk mendapatkan rawatan sebelum ke HSNZ untuk rawatan lanjut.


“Mangsa cedera di bahagian kepala.


“Rekod perubatan di HHT mendapati mangsa ada rekod masalah kesihatan mental atau tidak siuman,” katanya kepada Sinar Harian.


Tambah Mohd Adli, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam atau mana-mana individu yang punyai maklumat berkaitan diharapkan dapat hubungi pihak polis.


Sebarang maklumat boleh disalurkan  ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu ialah 09 6811222.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]