KPJ Taiping ceriakan pesakit

in Uncategorized by


TAIPING – Pengurusan KPJ Taiping Medical Centre tidak melepaskan peluang memeriahkan persiapan Syawal dengan berkongsi kegembiraan bersama pelanggan mereka.


Pengurus besarnya, Hazarul Azly berkata, KPJ Taiping Medical Centre berbesar hati dapat menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pesakit dan konsultannya.


“Apa yang kita harapkan ialah setiap rezeki dan kegembiraan itu dapat dikongsi bersama,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan kuih raya, di sini semalam.


Dalam perkembangan lain Hazarul berkata, pada tahun ini pihaknya mengagihkan sebanyak 70 balang kuih raya di KPJ Taiping.


“Kita bukan hanya memberikan tumpuan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri sahaja sebaliknya semasa perayaan utama lain di negara ini juga turut kita meriahkan,” katanya.


Tambah Hazarul, walaupun pemberian tersebut tidak seberapa, namun keceriaan penerima itu lebih diutamakan.


“Malah sumbangan ini juga bukan hanya sekadar untuk memeriahkan sambutan Syawal tetapi dalam masa yang sama sebagai penghargaan kepada pesakit-pesakit di sini,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]