Perbaharui persahabatan sempena Aidilfitri

in Edisi Sabah Sarawak by


TUARAN – Sempena sambutan Aidilfitri di bawah kerajaan negeri baharu pimpinan Parti Warisan Sabah, rakyat diminta memperbaharui persahabatan dan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai kaum, agama dan kebudayaan di negeri itu.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata tanpa mengira kaum dan agama, rakyat Sabah perlu mengambil kesempatan menyambut 1 Syawal dengan berkumpul dengan semangat perpaduan dan kebersamaan.


Aidilfitri tahun ini disambut dalam keadaan kerajaan baharu dan ini adalah peluang bagi seluruh masyarakat untuk bersama-sama dan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan ini agar negeri terus maju ke hadapan dengan visi, aspirasi dan objektif yang kita gariskan, “katanya.


Dalam perutusan sempena Aidilfitri esok. beliau hari ini berkata sokongan rakyat adalah sangat penting bagi memastikan Sabah terus maju ke hadapan.


Madius, yang juga Pemangku Presiden Upko, mengucapkan  selamat hari raya kepada semua umat Islam di Sabah dan berharap perayaan ini disambut secara aman dan damai. – Bernama

 


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]