Jerman tak ambil mudah Mexico

in Sukan by


PEMAIN pertahanan Jerman, Jerome Boateng menjangkakan cabaran sukar bakal dihadapi pasukannya menjelang aksi berdepan Mexico malam esok.


Walaupun skuad bimbingan Joachim Loew menewaskan Mexico 4-1 dalam laluan menjulang Piala Konfederasi tahun lalu tetapi Boateng percaya keputusan itu tidak memberi sebarang makna sekarang.


“Kami tidak boleh memandang rendah, walaupun mendapat kemenangan selesa di Piala Konfederasi tahun lalu.


“Kami memandang serius perkara ini, dan lebih penting lagi kerana ini perlawanan pertama kami di Piala Dunia,” katanya.


Dalam pada itu, Boateng juga menggesa rakan sepasukannya turun dengan semangat yang tinggi bagi membolehkan mereka berada di laluan yang betul untuk mempertahankan kejuaraan.


“Kami perlu haloba, semangat membara – ia sebahagian daripada perkara yang akan mencetus kejayaan ketika latihan dan di atas padang. Kami perlu berjuang pada setiap inci,” tambahnya.


Sebelum ini, prestasi skuad Die mannschaft diperkatakan, apabila hanya menang sekali selepas layak ke Piala Dunia – ke atas Arab Saudi yang dibelasah 5-0 oleh Russia pada perlawanan pembukaan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]