
KUALA PILAH – Naib Pengerusi 1, Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan, Kamarul Allammy Kadir, 47, meninggal dunia jam 6.30 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini, akibat penyakit paru-paru.
Ketua Penerangan PKR negeri, Mokhtar Ahmad berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Kampung Parit di sini.
“Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
“Bagi pihak rakan-rakan PKR dan Pakatan Harapan mengucapkan takziah kepada keluarga,” katanya.
Source: SH Edisi Melaka NS
[featured-video-plus]