Ku Li dijangka umum keputusan petang ini

in Politik by


SHAH ALAM –  Ahli Parlimen Jeli, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengumumkan keputusan berhubung pertandingan jawatan Presiden Umno 2018, 2 petang ini di kediamannya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur.


Jemputan mengenai sidang media itu mula diterima pihak media pagi ini.


Sebelum ini, beberapa pihak dilaporkan mendesak Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno yang tewas mengejut dalam PRU14, 9 Mei lalu.


Berikutan kekalahan itu, Datuk Seri Najib Najib Razak melepaskan jawatan presiden yang kemudian dipangku oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan setakat ini, hanya Ahmad Zahid menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno kelapan itu.


Selasa lalu, Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti kali ini.


Katanya, beliau akan melakukan solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk ALLAH SWT sebelum membuat keputusan kerana bagi beliau, faktor usia adalah perkara yang menjadi pertimbangan walaupun memahami desakan ahli akar umbi yang mahukannya bertanding.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]