Maahad Tahfiz Darul Mustafa perkenal silibus kemahiran

in Edisi Utara by


PENDANG – Maahad Tahfiz Darul Mustafa di sini bakal mewujudkan silibus kemahiran bulan hadapan.


Pengetuanya, Shuzaimee Aidi Shamsudin berkata, pelbagai kursus kemahiran bakal disediakan hasil jalinan kerjasama dengan GiatMara.


“Insya-ALLAH kerjasama baik dengan pihak GiatMara Pendang akan dijalinkan bagi memastikan pelajar tahfiz ini mendapat manfaat,” katanya.


Menurut Shuzaimee, kesemua pelajarnya berhak memilih sendiri kursus yang mereka minat agar tidak timbul rasa keterpaksaan.


“Kita nak mereka seronok belajar apa yang mereka minat agar bila dah tamat pengajian agama nanti mereka ada satu kemahiran yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka,” ujarnya.


Shuzaimee berkata, seramai 55 pelajarnya teruja menantikan kedatangan Julai untuk membolehkan mereka melibatkan diri dalam bidang kemahiran yang dipilih.


“Ramai kalangan mereka begitu teruja terutama pelajar perempuan yang kebanyakannnya memilih kursus jahitan.


“Insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik demi kejayaan hidup anak-anak pelajar di tahfiz ini,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]