Sokong Ku Li bertanding presiden Umno

in Uncategorized by


IPOH – Veteran Umno Perak menyambut baik keputusan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden Umno.


Pengerusinya, Datuk Abdul Khalid Nasir berkata, tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu tepat dalam usaha memulihkan Umno melalui pihak ketiga.


Beliau berkata, pihaknya percaya keputusan itu memang dinanti-nantikan ahli Umno yang mahukan perubahan.


“Kita gembira dengan keputusan itu kerana Veteran Umno Perak pernah mencadangkan sebelum ini.


“Ku Li perlu sokongan ahli Umno jika mereka mahu melihat parti keramat ini berubah secara total,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan presiden Umno pada Pemilihan Agung Umno kali ini.


Abdul Khalid berkata, perubahan bukan sahaja di peringkat pimpinan tertinggi tetapi perlu melibatkan keseluruhan organisasi.


Katanya, satu tugas besar bakal menanti Tengku Razaleigh sekiranya terpilih sebagai presiden Umno.


Sebelum ini, Abdul Khalid dalam satu kenyataan menyatakan Veteran Umno Perak mengusulkan agar Tengku Razaleigh dilantik presiden Umno manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik timbalan presiden parti.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]