Tuk Ti raya rumah Tun M

in Hiburan by
Tuk Ti, Aafiyah raya bersama Tun M

Tuk Ti raya rumah Tun M


PERKONGSIAN penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza ke rumah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian daripada pengikutnya.


Lebih istimewa pada hari raya kedua ini Siti atau mesra dengan panggilan Tuk Ti membawa Aafiyah dan turut serta ahli keluarganya.


Jelas Tuk Ti melalui Instagramnya, “Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahanda Tun M dan Bonda Tun Siti hari ini.


“Terima kasih Ayahanda Tun dan Bonda Tun Siti sudi menerima dan meluangkan masa.  We love you Tun,” tulis Tuk Ti.  


Ini merupakan raya pertama Tuk Ti sebagai ibu dan pastinya Syawal ini lebih berseri dengan kehadiran Aafiyah.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]