‘3 mata suntik semangat kami’ – Modric

in Sukan by


KAPTEN Croatia, Luka Modric mengakui lega apabila pasukannya berjaya memulakan kempen Piala Dunia dengan cemerlang apabila menundukkan Nigeria 2-0 pada aksi Kumpulan D Piala Dunia awal pagi tadi.


Modric turut menyifatkan kemenangan itu begitu bermakna dalam membangkitkan semangat serta keyakinan mereka untuk berdepan Argentina pada aksi kedua Jumaat nanti.


“Argentina memiliki kualiti yang besar tetapi kemenangan ini menyuntik keyakinan kami dalam perlawanan seterusnya.


“Kami akan menampilkan aksi terbaik menentang Argentina dan cuba untuk mencuri mata walaupun ia mungkin sukar,” kata Modric selepas diberikan anugerah Pemain Terbaik Perlawanan dalam aksi berdepan Nigeria.


Kemenangan yang diraih hasil jaringan sendiri Oghenekaro Etebo dan sepakan penalti  Modric sendiri membolehkan mereka kini menduduki tangga teratas kumpulan selepas Argentina dan Iceland terikat 1-1, semalam.


Mengulas lanjut, Modric tidak menafikan Argentina pasti terdesak untuk mendapatkan kemenangan namun mereka akan cuba memberikan cabaran paling sukar buat Argentina menjelang aksi kedua itu.


“Mereka akan melakukan segala-galanya untuk menang selepas keputusan yang diraih semalam. Secara tidak langsung, ia akan menjadi penting buat kami dan akan cuba beraksi dengan cemerlang,” tambahnya lagi.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]