Hospital Melaka cari waris pesakit

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


MELAKA TENGAH – Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris atau kenalan seorang pesakit lelaki yang kini sedang dirawat di hospital berkenaan.


Pesakit terbabit berbangsa India dalam lingkungan usia 35 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.


Dia dimasukkan ke Hospital Melaka sejak 5 Jun lalu dan kini sedang menerima rawatan di Wad C3, Katil 24.


Sehubungan itu, pihak keluarga atau kenalan pesakit ini boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Melaka di talian 06-2892344 sambungan 2072 atau Wad C3 di talian 06-2892344 sambungan 2324.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]