India kembali serang pemberontak Kashmir

in Global by


NEW DELHI – INDIA. India akan meneruskan semula operasi memerangi pemberontak di wilayah Kashmir selepas penggantungan operasi selama 30 hari sempena Ramadan, kata seorang menteri kanan.


Pihak berkuasa berkata, operasi ketenteraan dihentikan sejak 16 Mei lalu pada permulaan bulan Ramadan, sepanjang tempoh tersebut, pihak tentera menghentikan operasi mengejar militan dan serbuan dari rumah ke rumah, namun masih bertindak balas jika diserang.


“Walaupun tentera menunjukkan inisiatif mengelak pertempuran, pengganas meneruskan serangan terhadap pasukan keselamatan sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan.


“Kerajaan India membuat keputusan untuk tidak melanjutkan penggantungan operasi di negeri Jammu dan Kashmir,” kata Menteri Dalam Negeri, Rajnath Singh menerusi Twitter. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]