Isteri Putera Norodom Ranariddh meninggal dunia

in Global by


PHNOM PENH – KEMBOJA. Isteri bekas perdana menteri Kemboja, Putera Norodom Ranariddh yang terlibat dalam kemalangan di barat daya negara itu hari ini disahkan meninggal dunia.


Ranariddh dan isterinya, Ouk Phalla dikejarkan ke hospital selepas sebuah teksi yang datang dari arah bertentangan merempuh konvoi mereka di wilayah Preah Sihanouk.


[ARTIKEL BERKAITAN: Putera Kemboja cedera kemalangan kereta]


Phalla disahkan terbunuh di sebuah pusat perubatan berhampiran manakala Ranariddh, pemimpin parti Funcinpec diterbangkan ke Phnom Penh untuk rawatan lanjut.


Kematian Phalla diibaratkan seperti kehilangan ‘seorang pahlawan negara kepada parti Funcinpec’, menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Ranariddh beberapa jam kemudian.


Difahamkan Ranariddh sedang dalam perjalanan dari Kampot ke Preah Sihanouk untuk kempen pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 29 Julai.


Beliau pernah memimpin Kemboja bersama-sama Hun Sen dari 1993 hingga 1997 sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa maut diketuai tentera yang setia kepada perdana menteri itu. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]