Jho Low buruan PDRM

in Nasional by


PAGOH – Rahan tangkap dan bawa pulang individu utama yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu Low Taek Jho atau Jho Low telah lama dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, arahan berkenaan telah dibuat menerusi jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik beliau memegang jawatan terpenting di kementerian terbabit pada peringkat awal.


“Waktu awal saya masuk kementerian, antara arahan awal saya keluarkan semestinya kes Jho Low di mana saya kira individu ini antara yang utama sekali terlibat dalam skandal 1MDB.


“Jawatankuasa Petugas Khas 1MDB akan memutuskan. Tunggulah, pihak bertanggungjawab termasuk PDRM akan mengambil langkah yang sewajarnya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai status ahli perniagaan terbabit sama ada akan ditangkap dan dibawa pulang ke Malaysia dalam masa terdekat atau sebaliknya.


Selasa lalu,  Jho Low muncul di Dubai dan memaklumkan sedia menjawab soalan penyiasat 1MDB di negara itu.


Sumber kerajaan dilaporkan berkata, bagaimanapun sebelum pertemuan itu berlangsung, peguamnya akan berbincang dulu dengan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dubai mengenai aspek siasatan yang boleh dibantu oleh anak guam mereka.


Rabu lalu, Wall Street Journal melaporkan Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran Jho Low itu yang disampaikan menerusi orang tengah.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]