Kementerian Pendidikan arah pembelian diesel

in Nasional by


SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan akan memastikan bekalan diesel disampaikan kepada sekolah tertentu di Sarawak yang menghadapi masalah bekalan elektrik.


Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu akan dilakukan sebelum pelajar kembali selepas cuti sekolah.


“Saya telah membenarkan kementerian saya membuat pembelian diesel baru sebagai langkah segera. Kementerian Kewangan juga telah mempertimbangkan urusan pembelian ini.


“Peruntukan akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan segera agar pembelian ini boleh dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini ini.


Menurut beliau, sekolah-sekolah tersebut sepatutnya mendapat bekalan diesel daripada syarikat Jepak Holding Sdn Bhd tetapi syarikat berkenaan gagal menyediakan bekalan sewajarnya.


Sebelum ini, Maszlee dilaporkan berkata, terdapat 369 sekolah di Sarawak yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan genset diesel untuk menjana elektrik.


Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.


Beliau berkata mulai 1 Jan 2017, Jepak Holding Sdn Bhd, yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalkan elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Dis 2019 dengan nilai ‘melebihi RM1 bilion’ termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Menurutnya, peratusan siap projek itu jauh rendah lebih rendah daripada sasaran 51 peratus yang sepatutnya dilaksanakan setakat 15 Mei lepas akibat kelewatan kontraktor memulakan kerja.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]