Kongsi rezeki bersama asnaf

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Sempena hari raya tahun ini, Syarikat Al Haddad Manufacturing Sdn Bhd menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan wang kepada keluarga asnaf.


Pengarah Urusannya, Syed Salahuddin Syed Mahayadin Al Haddad, 48, berkata, sumbangan yang dihulurkan merupakan acara tahunan anjuran syarikat mengikut kawasan.


“Tahun ini, kita memilih komuniti setempat berhampiran syarikat kami iaitu penduduk kawasan Taman Ria Jaya. Pihak kami, mendapatkan kerjasama daripada pihak pengurusan Masjid Sultan Abdul Halim, di sini.


“Berdasarkan senarai yang dikemukakan, seramai 30 keluarga dipilih untuk menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan juga wang tunai bagi meringankan beban keluarga ansaf ini,” katanya.


Menurutnya, inisiatif itu merupakan satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui amalan perniagaan.


Sementara itu, Imam Masjid Sultan Abdul Hamid, Yusof Abdullah turut memuji inisiatif dan sumbangan yang disampaikan Syarikat Al Haddad Manufacturing kepada kariah masjidnya.


“Saya bagi pihak masjid berterima kasih kepada semua yang sudi membantu,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]