'Saya dah tak peduli tentang Umno'

in Nasional by


PAGOH – “Sebenarnya, saya dah tak peduli langsung tentang Umno. Saya tak nak dengar apa-apa lagi tentang mereka,” demikian reaksi Timbalan Presiden Pakatan Harapan (Harapan) , Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas mengenai keputusan Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah yang mencalonkan dirinya untuk bertanding sebagai Presiden Umno.


Katanya, zaman parti keramat Melayu itu telah pun berlalu selepas terpalit dengan pelbagai isu dan skandal politik wang sebelum ini.


“Mintak maaf saya tak kisah siapa nak bertanding apa tu hak dialah. Saya tak nak komen. Saya kenal mereka-mereka di sana.


“Jadi saya tak kisah sangat siapa nak bertanding. Nak menang presiden ke timbalan ke, itu bukan perkara untuk kita bagi perhatian,” katanya.


Terdahulu, Tengku Razaleigh atau Ku Li menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti akhir bulan ini.


Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas meneliti dan memperhalus, terutama soal kepemimpinan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]